Rabu, 11 November 2009

Pantun Nasihat

Sambut menantu lembu disembelih
Jemput sama ipar dan besan
Manis mulut bijak berdalih
Busuk hati tidak terkesan.

Oleh : Aiza 3M

Isnin, 9 November 2009

Perkhemahan Tunas KRS 2009

Pintu gerbang 40 minit saja disiapkan
Ulang tahun perkahwinan Cikgu Faridah


Acara membuat donut

Kadet bomba sedang beraksi

A butcher from Kg Palong Simpang





Selasa, 20 Oktober 2009

Minggu Bahasa Arab 2009

AL -FAIZUN( Pemenang ) Usbu' Arabi 09
Anugerah Khas Murid dan Guru Contoh Sempena Minggu Bahasa Arab
Adik Mohd Syafiq Yusmadi & Fatin Nur Nabila ( Thn 1m )
Mereka terpilih kerana paling banyak menggunakan bahasa arab dalam berkomunikasi.
Guru terpilih ialah Pn Faridah Arshad. Beliau menyertai pertandingan Kaligrafi.
Al-Faizun fi ' explorace ' - puzzle Bahasa Arab Tahun 1
Dari kiri: Adik Ainnur Fasihah, Mohd Nor Ariffin, Zulhusni dan Hijaz Bukhari.
Mereka mewakili kumpulan masing-masing.

Barisan hadapan: AL-FAIZUN FI TARJAMAH( Pemenang Terjemahan), Dari kanan: Rabiatul Adawiyah Ramli, Norhafizah K.Salleh dan Mohd Najmi A Sapian.(3M )
Barisan Tengah: Al-Faizah fi Buku Skrap ' - Dari kiri: Nurin Humairah dan Nurul Asmina (3M)
Barisan belakang: Al-FAIZAH FI KHAT : Dari kiri Farah Najiha ( thn 6 ) Hanis Afifah ( Thn 5 ) dan Siti Fatimah ( thn 4 )



Program Minggu Bahasa Arab telah berjaya dilaksanakan bermula pada 12 - 16 Oktober 2009. Antara objektif utama ialah mewujudkan keseronokan berbahasa Arab di kalangan murid yang belajar Bahasa Arab di samping memberi ruang kepada murid lain merasai keindahan bahasa Al-Qur'an. Program sebegini secara tidak langsung membantu dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab. Antara aktiviti yang dijalankan bagi menjayakan minggu arab ini antaranya mengadakan persembahan kelas bagi tahun satu hingga tiga setiap hari pada waktu perhimpunan. Persembahannya ialah Hiwar, Kalam jama'i , nasyid arab dan sketsa arab. Bagi pertandingan pula, diadakan pertandingan Terjemahan, puzzle, kuiz, buku skrap, ciptaan kad raya, dan penulisan khat. Alhamdulillah, penyertaan amat menggalakkan. Sempena Minggu Arab ini, diadakan pencalonan murid contoh, alhamdulillah 2 orang murid terpilih. Mereka daripada Tahun1. Mereka terpilih kerana paling banyak menggunakan bahasa Arab dalam perbualan harian tidak kira di dalam mahupun di luar kelas. Dengan anugerah ini, diharapkan menggalakan murid lain untuk bercakap bahasa arab dalam perbualan harian mereka, insya-Allah. Moga -moga tema hayya bil arabiyyah tercapai objektif.
Illal liqa'.

AL-KITABAH MIN:
Ustazah Nordina Arbain
Guru j-QAF Bahasa Arab , SKSY

Isnin, 12 Oktober 2009

UJI TAHAP FOKUS ANDA


1- Fokuskan pada titik bulat hitam yang terletak di tengah2 gambar lebih kurang 30 saat
2- kemudian kedip-kedipkan mata anda pada permukaan rata seperti dinding umah, meja, alamari atau sebagainya
3- Apakah yang anda nampak? Siapakah gambar yang anda nampak itu? sekiranya anda tidak nampak gambar sesiapa, ini menandakan tahap kefokusan anda rendah..

FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang ANDA pakai sekarang ni..

2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

Sajak Ibu Oh Ibu ----Nurin Humaira D Mohd Hapizi

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Belajar Memasak Nasi Goreng

Kelas memasak telah dilalui oleh murid Tahun 6. Mereka dibimbing oleh

Cikgu Raziah Man

Rabu, 19 Ogos 2009

Kelas Bahasa Arab Ustazah Nordina

Sajak Mohd Afiq

Dulu
orang sering berbicara
tentang seni
tentang puisi
kerana pada baris seni dan puisi
ada keindahan
ada pengajaran .

Kini
anak-anak muda
hanyut dalam fantasi
tiada siapa lagi menghiraukan
kemerduan syair
tiada siapa lagi mengendahkan
keindahan bait pantun
kemerduan seloka dan puisi .

Karya sastera
yang ingin kita warisi itu
entah ke mana tenggelamnya
lenyap dalam almari warisan
ditelan arus zaman .

Pantun Nasihat Mohd Afiq

Berjalan –jalan terpijak paku ,
Sakitnya memang tidak terkata ;
Kasihnya ibu takkan layu ,
Kasihnya bapa tiada terkira .

Adik terkejut melihat bayang ,
Kami ketawa tidak terhalang ;
Usaha dilupa doa dan sembahyang ,
Hidup pasti akan tenang .

Hidup muafakat hati sekata ,
Barulah rezeki bertambah murah ;
Sikap terbuka amalan kita ,
Itulah Malaysia negara muhibah .

Isnin, 17 Ogos 2009

Karangan Peribahasa


Oleh Ealizia Cristine ak Edison

Peribahasa “seperti aur dengan tebing’ bermaksud sentiasa tolong –menolong antara satu sama lain. Sikap seperti ini amat diperlukan dalam kehidupan seharian kita.
Setiap orang mempunyai masalah dan kerumitannya sendiri.
Oleh itu, setiap orang memerlukkan pertolongan daripada orang
lain. Bagi memastikan hidup lebih harmoni, kita harus berkerjasama
dengan semua orang yang dekat dengan kita.
Sikap tolong – menolong ialah satu amalan yang baik. Sesuatu
kerja dapat disiapakan dengan lebih mudah jika kita semua berkerjasama.
Sikap tolong – menolong telah lama diamalkan dalam kehidupan
masyarakat kita. Keadaan ini dapat dilihat semasa musim menuai padi
dan kenduri.Anggota masyarakat saling menolong dengan ikhlas tanpa
mengharapkan balasan.
Sikap tolong – menolong harus diamalkan oleh semua kerana akan
mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Biarlah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Pantun Ealizia Cristine ak Edison

Malam-malam mendengar cerita,
Cerita di perdengar oleh mak dara,
Tolong –menolong sesame kita,
Pasti hidup lebih sejahtera.

Tanam pegaga di tepi kali,
Lalu di siram air perigi;
Bercakap bohong jangan sekali,
Kelak yang akan rugi.

Emas dilebur di dalam loyang,
Lalu di bentuk amat sempurna,
Ibu bapa hendaklah sayang,
Jadilah kita anak berguna.

Mendengar cerita tak pernah jemu,
Banyak teladan amat berguna,
Rajinlah kita menimba ilmu,
Biar hidup lebih bijaksana.

Sajak sekolahku

Oleh: Ealizia Cristine ak Edison
S.K SULTAN YUSUF NAMA SEKOLAHKU
SEKOLAHKU INDAH LAGI CANTIK….
MURIDNYA RAMAI MALAHAN CERDIK.
BIJAK, AMANAH, BERDISIPLIN JUGA BAIK….

SEKOLAHKU PERMAI DAN JUGA DAMAI..
TIADA SENGKETA TIADA RISAU,
SALING MENGHOMATI BUDAYA KITA…
SEGALA MASALAH DIKONGSI BERSAMA.

SEKOLAHKU…RUMAHKU…
TEMPAT BELAJAR, TEMPAT BERMAIN,
TEMPAT MENIMBA SEGALA ILMU.
JADI PEDOMAN SETIAP WAKTU…

Melawat Ke Sarawak


Oleh: Ealizia Cristine ak Edison
Rombongan sekolah kami telah mengadakan lawatan ke Kampung Budaya Sarawak. Kampung Budaya Sarawak ini terletak di Santubong, Kuching.
Kampung Budaya Sarawak mempunyai keunikkan yang tersendiri. Di sini terdapat pelbagai jenis rumah tradisional kaum-kaum yang terdapat di Sarawak.Antaranya ialah Rumah Bidayuh, Rumah Iban Rumah Melanau, Rumah Melayu dan lain-lain. Saya dan kawan-kawan melawat ke Rumah Bidayuh. Kami disambut dengan mesra oleh penghuninya. Kami turut di jamu dengan makanan seperti ubi kayu rebus dan sagu.
Selepas itu, kami melawat ke Rumah Iban. Kami disambut dengan Tarian Ngajat. Kami juga belajar menarikan tarian tersebut. Saya berasa berbesar hati apabila diberi pelung untuk memakai pakaian tradisional kaum Iban. Kami turut mengambil pelung untuk bergambar dengan pekerja-pekerja di situ.
Kami menghabiskan masa lebih kurang enam jam di sana.Kemudian kami berangkat pulang ke sekolah. Kami pulang dengan perasaan gembira yang tidak terkira. Pelbagai pengalaman telah kami timba sepanjang berada di tempat yang diwarnai pelbagai suku kaum.

Khamis, 13 Ogos 2009

Rukunegara



Pada bulan Jun 2008 Ckigu Khairul, Norafifah, Ainaa Fadhilah, Hanis Afifah dan Mohd Danish telah menghadiri Bengkel ICT Anjuran UPSI dan K Perak di UPSI

Rabu, 12 Ogos 2009

Sajak: PESAN IBU


Anakku,
Cintai ilmu
dengan ilmu ada sinar bahagia
di hadapanmu.

Hormatilah guru
mendidikmu tanpa jemu
tidak pernah kenal lelah
berkorban demi kejayaan.

Anakku,
buang sifat keji
bentuk akhlakmu dengan keikhlasan,
dirimu amat berharga dan teristimewa.

Tetapkan matlamatmu
berusahalah mengejarnya
usah cepat putus asa
kecermerlangan pasti milikmu.

Ibu sentiasa doakan kejayaanmu
semoga hasratmu diberkati Tuhan.

Ditulis oleh Elicia Cristy

Laporan

LAPORAN LAWATAN KE TAMAN SAINS
SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG

Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Sultan Yusuf telah mengadakan lawatan ke Taman Sains Sekolah Kebangsaan Machang yang terpilih sebagai johan peringkat negeri Pertandingan Taman Sains Sekolah Rendah pada 18.Julai yang lalu.
Lawatan ini disertai 40 orang ahli persatuan dan 4 orang guru penasihat yang diketuai oleh cikgu Mohd Azmi.Lawatan ini bertujuan mendedahkan ahli persatuan tentang pengurusan taman sains serta teknik penjagaan haiwan dan tumbuhan.
Di taman sains sekolah ini terdapat pelbagai sudut seperti tanaman hidroponik, sudut herba, dan tanaman hiasan.Terdapat juga sudut haiwan peliharaan.
Tanaman hidroponik merupakan sudut utama yang terdapat di taman ini.Kawasan ini sangat luas dan diusahakan secara besar-besaran dengan kerjasama PIBG sekolah. Hasil tanaman dijual kepada guru-guru dan ibu bapa bagi menampung kos penyelenggaraan.
Disamping itu,tanaman herba dan hiasan juga tidak di abaikan. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang di tanam di sudut ini. Di sudut haiwan pula terdapat burung,monyet dan kolam ikan.
Lawatan ke taman sains ini banyak mendatangkan pengetahuaan kepada semua peserta untuk menjayakan projek taman sains di sekolah.

Laporan disediakan oleh, 3.OGOS.2009

(ELICIA CHRISTY AK EDISON)
Setiausaha,
Persatuan Sains SK Sultan Yusuf.

Pantun Elicia Cristy

Ikan keli berenang di tasik,
Dikail si dara berumpan cacing,
Bukan senang menjadi cerdik,
Rajin membaca malam dan siang.

Sampan dikayuh mudik ke hulu,
Berpusing – pusing tanpa haluan,
Amalkan sikap bertanya selalu,
Agar senang arah tujuan.

Tinggi sungguh pokok jati,
Harganya mahal di mana – mana,
Amalkan sikap hormat –menghormati,
Walaupun miskin tidak dihina.

Dari Kuantan turun ke Pekan,
Singgah sebentar rumah Pak Usu,
Berat tulang jangan diamalkan,
Tentu badan menjadi lesu.

Isnin, 10 Ogos 2009

Catatan Elicia Cristy

AHAD,1 JUN 2009

7.00 pagi
Kami sekeluarga bangun awal dan bersiap-siap untuk ke rumah untyku, Unty Lily yang melansungkan perkhawinan anaknya , Sherilyn.


9.00 pagi
Kami bertolak ke kampung dengan kereta ayah. Cuaca pada hari ini cerah sekali.Aku dapat menikmati pemandangan yang indah di sepanjang jalan balik ke kampung.
Kami sampai di rumah pengantin kira-kira dua jam kemudian. Ketibaan kami di sambut dengan gembira oleh untyku sekeluarga. Aku dan ibu terus masuk ke dalam bilik untuk berjumpa Kak Sherilyn dan memberikan hadiah kepadanya.


11.30 pagi
Jemputan mulai datang. Aku menolong mengangkat hidangan dan melayan tetamu. Mereka juga di beri bunga sebelum pulang. Tidak lama kemudian, rombongan pengantin lelaki tiba. Mereka disambut dengan meriah. Pengantin diarak hingga ke dalam rumah. Sanak saudara berkumpul untuk acara memotong kek.

4.30 petang
Sebelum kami pulang, Unty Lily memberikan lauk-pauk dan bunga. Dia mengucapkan terima kasih kerana kami sudi datang dan membantu.

Disediakan oleh:
Elicia Cristy

Khamis, 6 Ogos 2009

PANTUN WARISAN

Cikgu akan masukkan pantun awak. Ada masalah dengan doc.
MUHD AMIR HIFZHAN Tahun 5

Rabu, 5 Ogos 2009

Kursus Apresiasi Seni

Satu kursus pendek kelolaan institut Pendidikan Guru, Ipoh bertajuk Apresiasi Seni Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kajian Tempatan telah diadakan di SK King Edward VII (I) Taiping pada 5 & 6 Ogos 2009. Kursus ini anjuran Jabatan Kajian Sosial IPG & PPD LM&S disertai oleh 30 orang guru dari daerah larut matang & selama.
Diakhir kursus satu resolusi meminta PPSMI diteruskan dengan tambahan elaun sebanyak 10% lagi menjadi 25%. Guru-guru mata pelajaran Kajian Tempatan dan Muzik juga perlu diberi elaun 15%.

Ahad, 2 Ogos 2009

BACAAN DOA

Bacaan doa penutup oleh Ustaz Zaidi b Mohd Jani

Bulan Membaca SK Sultan Yussuf (AMDR)

Pemenang anugerah perak nilam

Upacara penutup telah dijalankan pada 3 Ogos 2009. Pelbagai ketegori pertandingan yang diadakan telah menerima anugerah dan hadiah. Di bawah ini disertakan gambar-gambar berkaitan.
Pemenang khas nilam

Pemenang anugerah gangsa nilam

Anugerah emas nilam Cikgu Aziz memberikan senyuman yang paling lebar dalam hidupnya

Pemenang Mengarang Cerpen


Isnin, 27 Julai 2009

Program Anak Perak UPSI & K-Perak


Dari kiri: Aina Fadilah, Anis Afifah, Norafifah, Cikgu Khairul dan Mohd Danish.
Satu pengalaman selama seminggu menginap di Kolej... yang tidak dapat dilupakan.

Ahad, 19 Julai 2009

Pertandingan Bercerita Zon Kamunting




Gambar Norafifah pemenang tempat kedua Tahap 2 dan Esse Nabila pemenang tempat ketiga Tahap 1 pada pertandingan yang diadakan di SK Klian Pauh pada bulan April 2009.

Selasa, 7 Julai 2009

Dan Sebenarnya - Yuna


Sila lawat blog fizah dengan klik link di atas

DAN SEBENARNYAOh bulan….Enggan melayan diriku lagiPabila air mata membasahi pipiDan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli akuPabila kau bersama yang lain*KORUSAdakah perasaan benci ini sebenarnya cintaYang masih bersemadi untukmuDan sebenarnya kumengharapkan di sebalik senyumanmu ituKau juga merindui akuKu enggan berpura-puraku bahagiaKu enggan melihat kau bersama si diaOh ku akui cemburu mula menular dalam diriPabila kau bersama yang lainULANG*KORUSPabila kau merenung matanyaKu rebah jatuh ke bumiDisaat kau benar-benar mahu pergiSeperti ku bernafas dalam airULANG*KORUSOh…Dan sebenarnyaDan sebenarnya…Aku milikmuDan sebenarnya …Dan sebenarnya…Aku tak mampu…Tanpamu

Karangan surat kiriman tidak rasmi UPSR

*permulaan karangan,alamat,tarikh,tanda tangan mengikut formatSoalan: Anda menerima surat daripada rakan anda yang telah berpindah kesekolah lain. Di dalam suratnya, dia bertanyakan persiapan anda bagi menghadapi UPSR.Balas surat rakan anda itu dan ceritakan usaha-usaha anda menjelang peperiksaan tersebut.
http://upsressay-ifah.blogspot.com/2009/07/karangan-surat-kiriman-tidak-rasmi.html

No. 8, Taman Setia Budi,
67500 Batu Kikir,
Negeri Sembilan.
5 April 2009.

Menemui sahabatku yang diingati selalu, Mia yang kini berada di Kota Bharu, Kelantan . Semoga sihat sejahtera.
Saudara,
Surat saudara telah selamat saya terima. Terima kasih saya ucapkan kerana saudara masih mengingati saya. Dalam surat saudara yang lepas, saudara bertanyakan persediaan saya untuk menghadapi UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal kerana tidak mahu menyesal kemudian hari.
Kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan.Langkah pertama yang saya lakukan ialah menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Saya menetapkan masa untuk membuat kerja-kerja rumah dan masa untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran. Dengan cara ini saya dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik.
Selain itu, saya mengikuti kelas bimbingan yang diadakan oleh guru-guru pada waktu petang dan setiap hujung minggu. Saya kerap bertukar-tukar nota dan soalan peperiksaan yang bersekolah di Kuala Lumpur.Baru-baru ini Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengadakan seminar dan kem motivasi untuk calon-calon UPSR.
Kami banyak mendapat pendedahan tenteang cara-cara belajar yang betul.Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.
Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara sekeluarga.

Sahabatmu,

Ifah
(Norafifah bt. Khairul Salleh)

Isnin, 6 Julai 2009

Pertandingan ICT Daerah LMS 2009


Murid-murid yang ingin menyertai pertandigan ini sila buat satu akaun google mail gmail.com. Anda akan diajar menggunakan google doc, twitter.com dan web 2.0. Hantar permohonan anda dari gmail ke cikgu di alamat fireflyzon@gmail.com