Selasa, 7 Julai 2009

Karangan surat kiriman tidak rasmi UPSR

*permulaan karangan,alamat,tarikh,tanda tangan mengikut formatSoalan: Anda menerima surat daripada rakan anda yang telah berpindah kesekolah lain. Di dalam suratnya, dia bertanyakan persiapan anda bagi menghadapi UPSR.Balas surat rakan anda itu dan ceritakan usaha-usaha anda menjelang peperiksaan tersebut.
http://upsressay-ifah.blogspot.com/2009/07/karangan-surat-kiriman-tidak-rasmi.html

No. 8, Taman Setia Budi,
67500 Batu Kikir,
Negeri Sembilan.
5 April 2009.

Menemui sahabatku yang diingati selalu, Mia yang kini berada di Kota Bharu, Kelantan . Semoga sihat sejahtera.
Saudara,
Surat saudara telah selamat saya terima. Terima kasih saya ucapkan kerana saudara masih mengingati saya. Dalam surat saudara yang lepas, saudara bertanyakan persediaan saya untuk menghadapi UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal kerana tidak mahu menyesal kemudian hari.
Kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan.Langkah pertama yang saya lakukan ialah menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Saya menetapkan masa untuk membuat kerja-kerja rumah dan masa untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran. Dengan cara ini saya dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik.
Selain itu, saya mengikuti kelas bimbingan yang diadakan oleh guru-guru pada waktu petang dan setiap hujung minggu. Saya kerap bertukar-tukar nota dan soalan peperiksaan yang bersekolah di Kuala Lumpur.Baru-baru ini Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengadakan seminar dan kem motivasi untuk calon-calon UPSR.
Kami banyak mendapat pendedahan tenteang cara-cara belajar yang betul.Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.
Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara sekeluarga.

Sahabatmu,

Ifah
(Norafifah bt. Khairul Salleh)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan