Sabtu, 22 Oktober 2011

Perkhemahan 29 Oktober 2011

AJK Kerja

Kem Komandan: En. Khairul Salleh bin Ahmad

Memastikan program berjalan lancar mengikut tentatif.

Penolong Kem Komandan: Pn. Azizah bt Abdul Rahman

Membantu Kem Komandan dan menguruskan kebajikan peserta

Bendahari: Pn. Hashimah bt Harun

Menguruskan kewangan dan perbelanjaan.

QM Khemah: En. Mohd Khusni b Abdullah

Menguruskan peralatan khemah kepada setiap kumpulan

QM Alatan: En. Mohd Halimy b Abd Majid

Menguruskan peralatan dapur dan kerja tangan kepada setiap kumpulan

Senarai Pembimbing Kumpulan

Skuad PLATON 1

MAWAR En. Mohd Zaidi b Mohd Jani

MELUR Pn. Rokiah bt Abdul Samad

MELATI Pn. Sapiah bt Hashim

Skuad PLATON 2

KEMBOJA En. Mohd Azmi b Mohd Nor

KENANGA Pn. Faridah bt Arshad

KENCANA Pn. Raziah bt Man

Skuad PLATON 3

CEMPAKA Pn. Rusita bt Ahmad

CENDANA Pn. Zainab bt Abd Aziz

KEKWA Pn. Franchise Fatima Mary

Skuad PANDU PUTERI

TANJUNG Pn. Rosmiza bt Hassan

TULIP Pn. Sarina bt Hashim

Setiap pembimbing kumpulan perlu menyediakan keperluan kumpulannya seperti membawa periuk nasi letrik, perkakasan dapur dan tikar untuk aktiviti yang dinyatakan dalam tentatif.

Semua aktiviti peserta perlu dipantau dan dibimbing setiap masa terutamanya ketika memasak.

Setiap peserta hanya membawa pinggan dan gelas plastik

Khemah yang mempunyai gajet perkhemahan akan diberi markah tambahan.

Arahan yang dipertandingkan dalam Kawad kaki

Perlu dihafal oleh ketua skuad.

Perlu dijalankan 3 kali.

1. Jadikan satu barisan di hadapan saya.
Hukuman: Skuad masuk baris

2. Nombor
Hukuman : Skuad! Dari kanan ......Nombor!

3. Membetulkan barisan
Hukuman : Ke kanan...... lurus
Pandang......depan

4. Senang diri
Hukuman : Senang ......diri

5. Rehatkan diri
Hukuman : Rehatkan ...... diri

6. Sedia
Hukuman : Skuad,skuad......sedia

7. Berpusing
Hukuman : Bergerak ke kanan, kanan......pusing ; bergerak ke kiri, kiri ......pusing; menghadap ke belakang, belakang .......pusing; menghadap ke hadapan, belakang ......pusing ; bergerak ke kiri, belakang ......pusing; bergerak ke kanan, belakang......pusing; menghadap ke belakang, kanan/kiri......pusing ; menghadap ke hadapan, kanan/kiri......pusing

8. Bersurai dan keluar baris
Hukuman : Ber......surai
Hukuman : Keluar......baris

Kesalahan biasa ;
-bersurai tanpa memberi hormat kepada ketua dalam baris

Isnin, 19 September 2011

Menanam bunga Semusim

Tarikh: 20 Sept 2011
Kemahiran Hidup Tahun 4H
Pokok Bunga Semusim
Pada hari itu murid Tahun 4H bersama dengan Cikgu Khairul Salleh dan dibantu oleh En. Azli Pegawai Lanskap Sekolah telah menjalankan aktiviti menanam pokok bunga semusim. Cikgu Khairul membawa benih bunga butang, tetapi setelah diteliti kesemua benih tersebut hampa.
Nasib baik sebelum itu, Cikgu Khairul ada menyimpan benih kucai.

Nampak gayanya, hujung tahun ni sekiranya pokok-pokok itu dijaga dengan baik maka dapatlah merasa masakan cucur udang ataupun Char Kuay Tiaw

Khamis, 8 September 2011

Sambut Hari Raya Aidil Fitri

Cikgu Khairul bersama murid tahun 4 Merah

Bergaya sakan anak murid Cikgu Khairul

Khamis, 3 Mac 2011

Profolio Diriku


Portfolio Diriku

Text Box:  1. Nama Penuh : Muhammad Luqman

Nurhakim bin Shamsudin

2. Tarikh Lahir : 10 Jun 2001

3. Umur : 10 Tahun

4. Tinggi : 1.40 m

5. Berat : 30 kg

6. Hobi : Bermain Badminton dan Bola Sepak

7. Cita-cita : Pegawai Tentera TUDM

8. Mata Pelajaran : Sains, Agama dan Bahasa Melayu

Kegemaran

9. Persatuan/Kelab/ : Hoki / Matematik / (Platun 3)

Unit Beruniform

10. Harapan Saya : Dapat mencapai cita-cita dan mahu membantu keluarga .

11. Cara Saya Memajukan Diri : a. Belajar bersungguh-sungguh

b. Tekun Berusaha

c. Sentiasa menambah ilmu pengetahuan

12. Cogan Kata Diri Saya :

KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG
TANPA
USAHA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH

Isnin, 31 Januari 2011

Kelab Silaturahim SKSY


Jamuan Kelab Silaturahim SKSY di SSL Traders Hotel

Lets get busy

Sekarang ini semua guru sedang sibuk dengan tugasan masing-masing, bukan hanya setakat mengajar saja malah menjadi kerani dan juruwang.

Kelas 4 Merah 2011

Kali pertama menjejakkan kaki ke kelas ini mereka semuanya takut melihat muka aku yang ganas. Setelah sebulan bersama mereka dan meneliti gambar ini tentunya tidak ada lagi kerisauan di hati mereka, malah mereka sudah pandai menggelar aku dengan gelaran yang bukan-bukan.