Hai kawan - kawan .........
Apa khabar semua.....?
Saya Nurul Izzah bt. Kamar Bashah ingin berkongsi pengalaman dengan kawan - kawan tentang aktiviti hujung minggu saya . Pada setiap hujung minggu saya akan mengikut ayah dan ibu pulang ke kampung.Kampung ayah terletak di Batu Kurau iaitu lebih kurang 25km dari sini.Perjalan mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja.
Ayah dan Ibu mengusahakan sebuah kebun pisang di kampung.Kebun ayah dan ibu tidaklah seluas mana.Namun Ayah dan Ibu telah menanam kira - kira 1000 batang pokok pisang. Pelbagai jenis pisang ditanam oleh ayah dan ibu.Antaranya pisang abu,pisang emas,pisang raja,pisang rastali,pisang berangan,pisang nangka.pisang awak dan lain-lain.
Biasanya kami sekeluarga akan berkelah di kebun.Ayah mendirikan sebuah pondok di kebun. Pondok itu diberi nama "Pondok Adik" iaitu sempena panggilan untuk saya. Kata ayah, suatu hari nanti pondok ini akan diubah suai untuk dijadikan chalet yang menarik. Ayah telah memasukkan bekalan air bagi memudahkan kami untuk memasak dan mandi manda. Yang menariknya, bilik air pondok ini dibuat sendiri oleh kami sekeluarga. kami bergotong royong membancuh simen dan mengikat bata. Kadangkala saya membantu ibu membakar ikan atau ayam atau daging di sini.Kami juga selalu memetik ulam-ulaman seperti paku dan pucuk sanglang atau jantung pisang untuk dibuat lauk.Sungguh berselera makan di pondok walaupun masakan yang dimasak ibu ala kadar.
Ketika ayah dan ibu sibuk di kebun saya selalu meninjau pelbagai haiwan dan serangga di kebun itu.Saya menggunakan teropong untuk melihat burung-burung,tupai,biawak,dan sebagainya.Kadangkala saya mengambil gambar-gambar haiwan tersebut.Ayah mengajar saya bagaimana cara untuk menganbil gambar.
Minggu hadapan saya akan menceritakan lagi pengalaman saya di kebun.
Berkhemah
memasak mee maggie..
kebun kami......
hasilnya..................
cantik tak gambar saya ambik ni???
Harap kawan-kawan sabar menanti.Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan