Rabu, 29 Februari 2012

Catatan Pengalamanku

Hai kawan - kawan .........
Apa khabar semua.....?
Saya Nurul Izzah bt. Kamar Bashah ingin berkongsi pengalaman dengan kawan - kawan tentang aktiviti hujung minggu saya . Pada setiap hujung minggu saya akan mengikut ayah dan ibu pulang ke kampung.Kampung ayah terletak di Batu Kurau iaitu lebih kurang 25km dari sini.Perjalan mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja.

Ayah dan Ibu mengusahakan sebuah kebun pisang di kampung.Kebun ayah dan ibu tidaklah seluas mana.Namun Ayah dan Ibu telah menanam kira - kira 1000 batang pokok pisang. Pelbagai jenis pisang ditanam oleh ayah dan ibu.Antaranya pisang abu,pisang emas,pisang raja,pisang rastali,pisang berangan,pisang nangka.pisang awak dan lain-lain.

Biasanya kami sekeluarga akan berkelah di kebun.Ayah mendirikan sebuah pondok di kebun. Pondok itu diberi nama "Pondok Adik"  iaitu sempena panggilan untuk saya. Kata ayah, suatu hari nanti pondok ini akan diubah suai untuk dijadikan chalet yang menarik. Ayah telah memasukkan bekalan air bagi memudahkan kami untuk memasak dan mandi manda. Yang menariknya, bilik air pondok ini dibuat sendiri oleh kami sekeluarga. kami bergotong royong membancuh simen dan mengikat bata. Kadangkala saya membantu ibu membakar ikan atau ayam atau daging di sini.Kami juga selalu memetik ulam-ulaman seperti paku dan pucuk sanglang atau jantung pisang untuk dibuat lauk.Sungguh berselera makan di pondok walaupun masakan yang dimasak ibu ala kadar.

Ketika ayah dan ibu sibuk di kebun saya selalu meninjau pelbagai haiwan dan serangga di kebun itu.Saya menggunakan teropong untuk melihat burung-burung,tupai,biawak,dan sebagainya.Kadangkala saya mengambil gambar-gambar haiwan tersebut.Ayah mengajar saya bagaimana cara untuk menganbil gambar.

Minggu hadapan saya akan menceritakan lagi pengalaman saya di kebun.
                                                                      Berkhemah

                                                   memasak mee maggie..





                                                     kebun kami......

                                           hasilnya..................



                                        cantik tak gambar saya ambik ni???




Harap kawan-kawan sabar menanti.Terima Kasih.

Isnin, 13 Februari 2012

PERHIMPUNAN MINGGUAN 13/02/2012





Menghitung Hari
Detik-detik Persaraan PK 1

Puan Hajjah Rohani sedang memberi nasihat
dan peringatan kepada anak- anak didik SKSY
Perhimpunan Mingguan 13/02/2012
Persembahan 5 Hijau




Sabtu, 11 Februari 2012

Menyiapkan Bilik Gerakan Akademik SKSY










Semangat Ustazah Azilah










" Apa kata kita wat lagu ni..." camtu lah kot antara dialognya .










Teacher Husniza .. panjat jgn tak panjat..











Tu dia... PK 1 kami. walau nak pencen tetap turun padang .










Puan Sarina tengah beri idea...





LADAP PERTAMA 2012 -Sabtu 11/02/2012











Lagi gambar


Photo Flipbook Slideshow Maker

Jumaat, 10 Februari 2012

14 jenis permainan zaman kecik-kecik

Kenangan Awang masa kecil.......

Bila dah besar rindu kan nak memain macam zaman kecik-kecik dulu. Kalau boleh nak jadi kecik jer tak nak tua. #erk mana boleh!. Tapi budak-budak zaman sekarang dah tak macam budak-budak zaman kita dulu. Bebudak sekarang mainan diorang advance belaka. Kita dulu belakang rumah, dekat parit dan sungai lah port kita. Budak sekarang? Depan laptop tu ha dari pagi sampai malam kan? Haishh perubahan dunia...



Masa kecik-kecik awang memang campur dengan bebudak kampung main petang-petang. Port selalu adalah belakang kedai dan padang sekolah. Dah nama pon bebudak kalau main tak ingat nak balik. Tapi awang dulu kalau main terus empat-empat adik beradik main sesama. Tapi dah besar sikit adik 2 orang tu jer lah yang keluar bermain. Sampaikan kena kudis buta 2-2 orang tu. awang ingat lagi. memang lucu lah! HAHA. Perasan tak masa kecik-kecik mainan kita semua ikut musim. Kadang musim tu kadang musim nie. Semua bergantung musim. Tapi yang buat musim tu pon kita jugak masa budak-budak dulu kan?



1. Main baling selipar

Dulu kecik-kecik mainan nie paling famous. Sape baling boleh jatuhkan semua selipar memang dah kira hebat lah tu. Mangsa adalah selipar jepun yang keras. Yang ringan-ringan tak layan sebab kalau baling melayang dah rugi mata nanti.

Baling slipper

2. Main baling Tin
Kalau nak main mainan nie, nanti semua dok mencari-cari tin yang boleh dibuat benteng. Lepas main simpan balik tin nya sebab esok lusa nak guna lagi.


3. Polis sentry
kalau kami dulu kecik-kecik tak panggil polis sentry tapi kami panggil main "jadi-jadi". Lucu kan? Sapa yang jadi kena kejar orang cuit lepas tu duduk mencangkung kalau tak nak jadi. main lah kejar-kejar sampai kene cuit orang lain. HAHA


4. Main lompat getah
Yang nie pon pemes gak. Jannah sampai kumpul-kumpul getah and buat getah memanjang. Paling best kalau satu geng dengan arwah kawan awang apit. Dia teror main getah boleh lepas sampai ke kepala. Sekarang kalau suruh main memang kalah lah awang sebab perot dah boroi tak boleh dah nak lompat-lompat kang tersangkut kat perot. HAHA
Main lompat getah

5. Galah panjang

Yang nie pon best. Kalau main reramai lagi best lah kompom suara kawan-kawan menjerit bagi arahan. Kejap lagi ada yang mengagah-agah lawan sebab nak lepas ke next station. hehe. Kalau salah sorang buat spoil nanti semua geng salahkan dia. Terpaksa bagi chance kat pihak lawan. hehe


6. Main guli
Yang nie sepupu awang 2orang tu memang menggila. Dulu kat rumah nie rasa dah macam rumah guli. Penuh dengan guli berwarna-warni dan bermacam pasen. Asal ada keluaran baru sepupu awang 2orang tu mesti beli. Ada macam-macam saiz plak tu.


7. Main gasing
Yang nieawang pernah jugak lah main tapi tak ada lah macam kemaruk sangat. sepupu awang 2orang tu yer lah. Sampai kan dalam rumah pon dok main gasing. Siap tu gasing berpusing atas tapak tangan. hebat betol!

Main Gasing
8. Main datuk harimau
Kalau main mainan datuk harimau yang jadi ketua mesti badan besar sebab senang nak jaga anak buah kat belakang dari di makan datuk harimau. awang ingat dulu kalau main datuk harimau mesti ada sorang budak tu asyik dia jer kene jadi datuk harimau. Siapa ntah nama dia, lupa dah.


9. Main layang-layang
Tang mainan nie memang ikut musim angin. Biasa port kami kat atas bukit masjid. Sorang sampai ada 2-3 layang-layang. Kang kalau sangkut atau terputus ganti layang-layang baru. Layang-layang masa tu pon tak macam layang-layang zaman sekarang dah macam-macam rupa ada. Dulu balik-balik kartun otromen and dinasor jer yang ada. HAHA


10. Batu seremban
Yang nie awang paling terror. Kalau main dengan arwah kawan awang memang dia kalah jer lah. Biasa mainan nie main berdua atau bertiga jer sebab kalau main reramai nak tunggu turn memang lama.


11. Main ceper
Korang tau kan mainan apa tu? Ke ada yang tak tahu? Biasa budak-budak akan masuk kedai makan lepas tu mintak pungut penutup botol coca-cola. Sebab penutup botol tu nanti di ketuk dan dibuat main ceper.

main ceper

12. Main nyorok-nyorok
Mainan nie biasa kena had kan besar kawasannya supaya orang yang jadi tu tak susah nak mencari orang yang menyorok. Kelakar betol ingat lagi dulu awang main nyorok-nyorok sampai masuk rumah orang sebab nak menyorok. Tapi kantoi jugak. HAHA


13. Main kereta control
Yang nie ada pernah musim. Lama juga kalau datang musim kereta control dan kalau nak tunggu musim nie pon lama. Mainan nie biasa memang perlukan kos yang tinggi sikit sebab kereta control time tu tak semua orang mampu beli. Tapi masa tu mahal-mahal pon dalam rm10 jer. sepupu awang 2orang tu memang kaya dengan kereta control. And mak jannah masa tu pon asyik jer lah membeli untuk budak 2orang tu. Cis kek betol. hehe14. Main teng-teng
Permainan nie jannah rasa paling pemes. Semua orang pernah main kan?? dulu zaman kecik-kecik kalau main mainan nie mesti nak pilih sape paling teror jadi geng. Kan? kan?
main teng teng
Sumber Gambar : Pakcik Google

Tu jer lah yang awang ingat setakat ni. Padahal banyak gila mainan yang dok kita main masa zaman kanak-kanak dulu. Best kan jadi kanak-kanak. Dulu tak payah nak pikir apa, tau keluar main sebelum maghrib kena balik. Kalau tak mak jadi singa mengamok. HAHA



Budak-budak zaman sekarang tak merasa dah mainan macam kita dulu. Kesian jugak mereka. Lama-lama boleh tenggelam dek zaman permainan zaman kita dulu. Budak-budak zaman sekarang pon dah tak nak sangat jejak kaki kat tanah diorang lebih suka hadap laptop bagai kan?. :)


(awanglilin...)

Pantun Kecindah

Pengantin baru makan bersuap
Tersengih malu nampak gigi
Sudah lama kami berLADAP
Perut sudah mula berbunyi

Karya Pn Serina & Rohaya

Jamuan Awal Tahun 2012

Tiga Dara Pingitan
Kumpulan Nasyid SKSYU
Antara VIP yang hadir

Pantun kelakar.....

buka baju lalu disangkut
sesudah buka terasa malu
cinta itu ibarat kentut
ditahan sakit, dilepas malu


(awanglilin...2012)

PANTUN


Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan

SKSY AMD sekolah kebanggaanku
Bersama kita membina kecemerlangan

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan

Guru-gurunya saling membantu
Bekerjasama penuh kemesraan

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan

Murid-murid sentiasa dibantu
Agar cerah di masa hadapan


Kumpulan: Kecindan SKSY

Kumpulan Rusita

Serangkap Pantun
Siti membeli ikan bawal,
Ani membeli ikan kerapu;
Setiap hari datang awal,
Agar tidak ketinggalan ilmu.

Kumpulan Rusita

Serangkap Pantun
Siti membeli ikan bawal,
Ani membeli ikan kerapu;
Setiap hari datang awal,
Agar tidak ketinggalan ilmu.

PANTUN SEDAR

WAKTU PAGI MEMANCING KELAH,
PANCING DIBELI DIKEDAI PAK ALI,
DULU SELALU LEWAT KE SEKOLAH,
KINI DATANG AWAL-AWAL LAGI.
KARYA : ABD AZIZ & PN CHOONG